Friday, September 18, 2015

Perniagaan suatu ibadah


Perniagaan ni kalau kita NIATKAN "ibadat" jadilah ia ibadat. Kalau kita NIATKAN dunia jadilah ia dunia. Jadi,  PERNIAGAAN boleh jadi ibadat & boleh jadi dunia. 

Kalau jadikan ia "ibadat" akan mendapat kebajikan kerana pekerjaan itu mendapat "redho" Allah swt. Pekerjaan yg mendapat REDHO  Allah ni akan terzahir perbuatan2 dan disiplin agama yg tidak melanggar SYARIAT ISLAM malahan atas keberkatan itu menambahkan lagi kekuatan Iman, Islam.dan Ehsan. Bila agama dijaga dan terpelihara barulah JELAS & NYATA jalan syariat Islam telah terbina dan dibina itu atas perniagaan tersebut.  

Setiap sistem dan mekanisme biznes (terutamanya dlm bentuk pelaburan) itu hendaklah "syariah compliance" dan jelas dalam setiap transaksi kewangannya dan agihan keuntungan yang jelas sumbernya agar tidak "terjebak" dalam pendapatan yang haram atau syubhat. Setiap org berhak menentukan jalan perniagaan yg disertainya.

Jika sistem perniagaan itu dibina bukan atas dasar TAUHID tetapi sekadar menjadi "ADAT" yakni mencari keuntungan duniawi dan syahwat semata2 maka jadilah HAMPA spt "padi hampa"; spt patung atau jasad tanpa ruh. Perniagaan "adat" ini sekadar melepaskan masalah urusan dunia sahaja tp tidak menyelesaikan urusan ibadat. Senang sekejap shj dan selepas itu kembali susah.

Justeru menjadikan pekerjaan itu sebagai suatu ibadat itulah yg dituntut oleh agama. 

Soal HARAM & HALAL adalah perkara utama dalam kehidupan kita. Yg halal itu jelas dan yg haram juga jelas jadi memasti dan menentukan salah satu dari keduanya itu adalah wajib supaya kehidupan ini dpt dibina dgn redho Allah di dunia dan di akhirat. 
Carilah REDHO Allah dan tuntutlah keampunan dari-Nya kerana kita hanya "hamba" dan Allah adalah Tuhan yg kita sembah. Dengan menjadi taat kpd-Nya insyaallah pasti pertolongan akan tiba. Berbanyaklah istikharah dlm urusan kerjabuat kita supaya Allah menunjukkan jalan yg betul dan kita tidak mensesiakan masa yg ada lagi berbaki sedikit.

Jangan jadi angkuh dan ria dgn sedikit "cubaan" Allah yg SEDANG menguji kita. Samaada susah atau senang kedua2nya itu adalah BALA atau MUSIBAH dari Allah utk menguji kita; siapakah dikalangan kita hamba yg BERTAQWA kpd-Nya.

Banyakkan bersyukur dan merendah diri dlm setiap urusan kerja TANDA pekerjaan kita itu mendapat REDHO Allah swt.



#MAGFIR www.magfir.info
#SUNNAH facebook.com/magfirinfo