Salam buat semua...
Kita sama2 belajar perkemaskan diri kerana sesungguhnya tiadalah seorang pun dikalangan kita yg melebihi yg lain...
Mengapa kita membawa produk sunnah kepada masyarakat?
Perlu jelas bagi setiap diri mengapa kita bawa produk sunnah ini kepada masyarakat...
Sesungguhnya setiap penyakit itu datang dari tuhan dan hanya tuhan sahaja yg mampu menyembuhkan...
Dalam setiap amal yg terdapat pada rukun Islam itu sendiri, semuanya dimulai dengan niat...
Dan niat itu hanya satu "kerana Allah"...
Sekiranya ada niat lain, maka dengan sendirinya kita telah menduakan niat asal itu tadi...
Dan dalam banyak2 dosa hanya dosa menduakan Allah sahaja yg tidak diampuni Allah...
Maka latihlah diri untuk melakukan setiap perkara dengan satu niat yg sama "kerana Allah"...
"Setiap amal itu tergantung atas niat...
Jika niatnya untuk harta maka harta yg akan diperolehi olehnya...
Jika niatnya untuk wanita yg ingin dinikahi maka wanita yg akan diperolehi olehnya...
Dan sekiranya niat kerana Allah & Rasul maka dunia dan seisinya akan diperolehi..."
"Barang siapa yg kasihkan Aku maka hendaklah dia kasihkan KekasihKu..."
Maka kita membawa produk sunnah ini atas dasar kecintaan kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan syafaat yg sangat2 kita perlukan ketika dihadapkan kepada Allah kelak...
Bagi orang yg membawa iman dalam kehidupan, dia berusaha melakukan setiap perkara "kerana Allah" dengan sangat bersungguh2...
Kerana setiap usaha yg dilandaskan hanya "kerana Allah" adalah ibadah...
Hasil dari ibadah itu merupakan ujian dari tuhan itu sendiri terhadap niat hamba2Nya...
Kaya atau miskin adakah niat itu masih kekal kerana Allah...
Tiada sesuatu perkara pun yg dijadikan dengan sia2...
Adakah kita mempersia2kan apa yg tuhan jadikan atau datangkan kepada kita?
