Saturday, October 31, 2015

TERASA

⬇♻⬇♻⬇♻⬇♻⬇♻

Ramai tanya saya .

"Macamana kita nak tegur orang supaya dia tak terasa"?

Saya jawab:

"Cara untuk tegur orang supaya dia tak terasa ialah JANGAN TEGUR dia!"

1) Hari ni ramai orang , di sebabkan nak sangat jaga hati orang yang buat maksiat dan dosa , sehingga dia TAKUT nak tegur orang tersebut, sebab takut dia terasa .

Lalu , kita pun tak tegur dan biarkan orang tu berterusan dengan dosa .

2) FITRAH bila di tegur ialah kita akan terasa . Dan , terasa itu tanda hati hidup !

3) Nabi Muhammad dakwah kaum quraisy , ramai kot yang terasa . Abu jahal mengamuk , Abu Lahab stress dan tak puas hati , Abu sufian berang , sampai mereka nak bunuh Nabi !

Nabi Nuh dakwah kaum dia 950 tahun , tapi kaum dia terasa , dan tak terima ! Setiap kali Nabi Nuh dakwah dan tegur mereka , mereka akan lari , tutup muka dengan baju , tutup telinga dengan jari , dan mengejek Nabi Nuh .

Nabi Ibrahim di campak ke dalam api .

Nabi Zakaria di gergaji .

Nabi Isa di kejar untuk di bunuh .

Nabi Musa di buru oleh Firaun .

Jadi kalau Nabi-Nabi pun dakwah sampai orang terasa , siapa kita untuk nak dakwah supaya orang tak terasa ?

Kerana memang fitrah bila di tegur , kita akan terasa sakitnya !

4) Cuma Allah sebut dalam Quran , ada beberapa sifat orang yang di tegur:

ORANG BERIMAN: Bila di tegur, dia akan mendapat manfaat . Ye, dia terasa bila di tegur . Namun egonya rendah , dan dia menerima teguran dan memperbaikinya .
(baca Surah Az-Zariat)

ORANG KAFIR: Bila di tegur , dia takkan pernah berubah . Bila tak di tegur pun dia tak berubah .
(baca Surah Al-Baqarah)

Jadi kalau kita beriman , bila kita terasa dengan teguran , kita akan amalkannya . Bukan "menentang" .

Bayangkan , agak agaknya kalau kita hidup zaman Nabi adakah kita akan mengikut Nabi ataupun kita yang menjadi "penentang" Nabi ?

Ikhlas ,
"Mohon Terasa"

Thursday, October 29, 2015

Kurma & khasiatnya

Sekadar perkongsian ilmu.

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan di dekati jin?
.
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
.
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
.
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih menyihatkan daripada kaviar?
.
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
.
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
.
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
,
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
.
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma kaya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
.
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
.
Panjang-panjangkanlah agar lebih ramai yang tahu. Selamat makan kurma di bulan Ramadhan, Alhamdullilah.

Musibah @ Ujian @ Didikan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.  
(Shah Alam, Rabu 28 Oktober 2015).

5 KELEBIHAN ORANG YANG DI TIMPA MUSIBAH AGAR TETAP TERSENYUM .

Ketika Allah SWT  menguji hamba-Nya dengan musibah, ternyata di sebalik musibah, cobaan dan  ujian tersebut, terdapat kelebihan dan keutamaan yang luar biasa.

Oleh kerana itu, orang yang sedang diuji Allah SWT dengan berbagai macam musibah, cobaan, masalah, kesempitan hidup dan sebagainya, harus tetap tersenyum gembira dan bersyukur, kerana  mendapat ujian  Allah SWT  itu indah dan nikmat, jika kita mampu mengambil hikmah di sebaliknya.

Di antara sebahagian  kelebihan orang-orang yang  ditimpa  musibah itu  adalah:

1. Mendapatkan Shalawat (Pujian) Dari Allah SWT  Rahmat Dan Petunjuk-Nya Bagi Yang Bersabar Ketika Ditimpa Musibah Tersebut.

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 155-157:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ  (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156)  أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ (157 )

Ertinya:
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar”. “(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun". “Mereka itulah yang mendapat shalawat  yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. Al-Baqarah: 155-157)

Dari ayat di atas dijelaskan bahwa orang yang bersabar ketika mendapatkan musibah dan ujian Allah SWT  maka dia akan mendapatkan tiga keutamaan sekaligus iaitu shalawat (Pujian) dari Allah SWT , rahmat dan petunjuk-Nya.

Allah SWT tidak  mengumpulkan tiga keutamaan sekaligus dalam satu ayat, kecuali di dalam ayat ini iaitu keutamaan bagi orang yang bersabar ketika mendapatkan musibah.

Makna shalawat Allah SWT kepada orang yang bersabar ketika mendapatkan musibah adalah:  Allah SWT memuji orang tersebut di hadapan para malaikat-Nya yang suci, hal ini sebagaimana yang dikemukakan oleh Abu Al ‘Aliyah Ar rayyahi rahimahullah. (Lihat Syarah Al Mumti’, karya Ibnu Utsaimin 3/163-164).

2. Allah SWT Akan Memberikan Pahala Kepada Hamba-Nya   Yang Ditimpa Musibah Sebesar Musibah nya. 

Ertinya makin berat musibah yang menimpa akan semakin besar pahala akan diperolehi hamba-Nya jika mereka bersabar dengan  musibah tersebut.

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَء..

Ertinya:
“Sesungguhnya besarnya pahala (yang  diperolehi  seseorang) sesuai dengan besarnya ujian (yang  ditimpakan)". (HR. Tirmidzi).

Jika seperti ini nilainya, kenapa kita mesti berlarutan dalam kesedihan, kerana besarnya ujian yang menimpa seseorang, sebesar itu pula pahala yang disediakan Allah SWT.

3. Orang Yang Ditimpa Musibah Merupakan Bukti Tanda cinta Allah SWT kepada Hamba-hamba-Nya.

Maka berusahalah untuk sentiasa tersenyum ketika mendapatkan musibah, ujian dan cobaan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:

وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ رَضِىَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ ».

Ertinya:
“Dan sesungguhnya  jika Allah SWT mencintai suatu kaum, Dia akan menguji mereka, siapa yang ridha maka baginya keridhaan (Allah SWT ) dan siapa yang murka maka baginya kemurkaan (Allah SWT)." (HR.Tirmidzi).

4. Musibah menghapuskan dosa dan kesalahan.

Rasulullah SAW bersabda:

مَا يَزَالُ الْبَلاَءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِى نَفْسِهِ وَوَلَدِهِ وَمَالِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ.

Ertinya:
“Ujian selalu bersama dengan orang beriman lelaki dan perempuan, baik di dalam diri, anak dan hartanya, sampai dia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai satu kesalahanpun.” (HR.  Tirmidzi).

5. Seorang Yang Ditimpa Musibah Bermakna Allah SWT  Menghendaki  Kebaikan Kepada Hamba-Nya.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ.

Ertinya: 
“Barangsiapa yang diinginkan Allah kebaikan maka Allah akan mengujinya.” (HR. At-Tirmidzi).

Demikianlah sebahagian keutamaan yang dijanjikan Allah SWT bagi orang yang ditimpa  musibah, cobaan dan ujian. Jika mereka sabar dan redha dengan musibah yang menimpa.

Semoga musibah yang tengah menimpa kita sekarang dapat menjadikan kita tetap tersenyum setelah membaca TAZKIRAH ini. Insya-Allah.

Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami  dari musibah yang Engkau timpakan kepada kami. Berilah ketabahan kepada kami untuk menghadapinya. Mudah-Mudahan kami tetap tersenyum dengan musibah tersebut dan  menjadi insan yang  Redha dengan ketentuan-Mu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Shah Alam, Rabu 15 Muharram 1437 H).

Wednesday, October 28, 2015

Kebahagiaan Hidup Seorang Muslim

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.  
(Shah Alam, Selasa 27 Oktober 2015).

5 PRINSIP KEBAHAGIAAN HIDUP SEORANG MUSLIM.

Islam adalah agama yang mengajarkan kesempurnaan  hidup bagi seorang muslim untuk meraih kebahagiaan hidup di dunia dan untuk  bekalan nanti  di akhirat.

Untuk mendapatkan  kebahagiaan hidup tersebut, Islam  mengajarkan kepada  umatnya  beberapa  langkah yang  perlu dilakukan, diantaranya:

1. Lakukan Amalan Yang Paling Mudah Selagi Ianya Bukan Perkara Dosa.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 185:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْر.

Ertinya:
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (QS. Al Baqarah: 185).

Rasulullah SAW bersabda dari  hadits Aisyah:

أَنَّهَا قَالَتْ مَا خُيِّرَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلاَّ أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا مَا لَمْ يَكُنْ إِثْمًا فَإِنْ كَانَ إِثْمًا كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ

Artinya: “’Aisyah RA bercerita: “Tidaklah Rasulullah SAW  memilih antara dua pilihan melainkan Beliau akan  memilih yang paling mudah dari keduanya, selama itu bukan perkara dosa, jika itu dosa, maka beliau manusia yang paling jauh dari melakukan dosa.” (HR. Bukhari dan Muslim).

- Contoh dalam permasalahan akidah: Menyembah hanya kepada Allah SWT semata-mata lebih mudah daripada menyembah banyak sembahan.

- Contoh dalam permasalahan ibadah: Beribadah dengan hanya mencontohi Rasulullah SAW  lebih mudah dibandingkan beribadah dengan mencontohi banyak orang yang tidak ada contohnya dari Rasulullah SAW.

- Contoh dalam permasalahan mu’malah: Berniaga dengan  jujur lebih mudah daripada berniaga dengan menipu dan menutupi keburukan barang atau dengan cara lainnya.

- Contoh dalam akhlak: Berkata yang jujur dan benar meskipun pahit itu lebih baik terus-menerus berada di dalam kebohongan dan  kebatilan.

2. Muslim Yang Baik Tidak Melakukan Kesalahan Dua Kali Pada Perkara  Yang  Sama.

Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ.

Ertinya:
“Seorang Mukmin tidak terperosok ke dalam lubang yang sama dua kali.” (HR. Bukhari dan Muslim).

- Contoh permasalahan akidah: jika sudah tahu bahwa selain Allah SWT tidak pernah dapat mendengar permohonan kita, maka jangan meminta/memohon  kepada selain Allah SWT.

- Contoh permasalahan ibadah: jika berjaga malam akan  tertinggal/lambat shalat subuh, maka jangan berjaga hingga larut malam.

- Contoh permasalahan mu’amalah: Jika kita diberi amanah  untuk memegang uang, sedangkan kita tidak amanah, maka jangan menerima amanah itu.

- Jika kita berhutang dan malas untuk membayar padahal sudah ada kemampuan, maka janganlah suka  berhutang.

3. Merasa Rugi Jika Tidak Melakukan Ibadah Dengan Baik  Padahal Kita Ada Kesempatan Untuk Melakukannya. 

Dalam Hadits Abu Hurairah RA dari  Qutaibah RA.

أَنَّ فُقَرَاءَ الْمُهَاجِرِينَ أَتَوْا رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالُوا ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلَى وَالنَّعِيمِ الْمُقِيمِ. فَقَالَ  وَمَا ذَاكَ . قَالُوا يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّى وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيَتَصَدَّقُونَ وَلاَ نَتَصَدَّقُ وَيُعْتِقُونَ وَلاَ نُعْتِقُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَفَلاَ أُعَلِّمُكُمْ شَيْئًا تُدْرِكُونَ بِهِ مَنْ سَبَقَكُمْ وَتَسْبِقُونَ بِهِ مَنْ بَعْدَكُمْ وَلاَ يَكُونُ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِنْكُمْ إِلاَّ مَنْ صَنَعَ مِثْلَ مَا صَنَعْتُمْ. قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ تُسَبِّحُونَ وَتُكَبِّرُونَ وَتَحْمَدُونَ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ مَرَّة.

Ertinya:
“Abu Hurairah RA meriwayatakan bahwa orang-orang fakir dari golongan Muhajirin mendatangi Rasulullah SAW mereka mengadu: “Orang-orang kaya mendapatkan darjat yang tinggi dan nikmat yang abadi”, lalu Rasulullah SAW  bertanya: “Kenapa demikian?”, orang-orang fakir berkata: “Mereka shalat sebagaimana kami shalat, mereka berpuasa sebagaimana mereka berpuasa, mereka bersedekah tapi kami tidak bersedekah, mereka memerdekakan dan kami tidak memerdekakan”, maka Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah kalian aku ajarkan sesuatu yang kalian akan menyerupai orang sebelum kalian dan mendahului orang setelah kalian dan tidak ada seorangpun yang lebih utama daripada kalian kecuali seorang yang berbuat seperti apa yang kalian perbuat.” Mereka berkata: “Tentu mau, wahai Rasulullah”, lalu beliau bersabda: “Kalian ucapkan subhanallah, alhamdulillah dan allahu akbar setiap akhir shalat sebanyak 33, 33, 33 kali”. (HR. Bukhari dan Muslim).

4. Lakukan Aktiviti Dunia Yang Matlamatnya Adalah Untuk Mencapai  kebahagiaan Di Akhirat. 

Dalam hadits Riwayat Rabi’ah bin Ka’ab:

عن رَبِيعَةُ بْنُ كَعْبٍ الأَسْلَمِىُّ قَالَ كُنْتُ أَبِيتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ –صلى الله عليه وسلم- فَأَتَيْتُهُ بِوَضُوئِهِ وَحَاجَتِهِ فَقَالَ لِى سَلْ. فَقُلْتُ أَسْأَلُكَ مُرَافَقَتَكَ فِى الْجَنَّةِ. قَالَ « أَوَغَيْرَ ذَلِكَ ». قُلْتُ هُوَ ذَاكَ. قَالَ « فَأَعِنِّى عَلَى نَفْسِكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ.

Artinya:
“Rabi’ah bin Ka’ab Al-Asalamy RA berkata: “Aku pernah bermalam bersama Rasulullah SAW, lalu aku datang membawa wudhu dan hajat, lalu beliau berkata: “Mintalah”, maka akupun berkata: “Aku memohon kepadamu agar dapat bersamamu di dalam surga”, beliau bertanya: “Adakah yang lain?”, aku berkata: “Itu saja”, beliau bersabda: “Maka tolonglah aku atas dirimu dengan banyak bersujud (banyak melakukan ibadah shalat)”. (HR. Muslim).

5. Meninggalkan Sesuatu Yang Tidak Bermanfaat Dan Faedahnya Untuk Urusan Akhirat.

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكَهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ.

Ertinya:
Sesungguhnya termasuk kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak memberi manfaat baginya.” (HR. Tirmidzi).

Contohnya:

-Jika bercakap akan mendatangkan dosa, maka lebih baik diam.

Ya Allah jauhkan diri kami dari perkara yang sia-sia. Engkau isikan hidup  kami pada  perkara yang  berfaedah. Mudah-Mudahan hidup kami sentiasa berada dalam Rahmat-Mu.  Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Shah Alam, Selasa 14 Muharram 1437 H).

Tuesday, October 27, 2015

Pencerahan MAGFIR

Pencerahan dan Persoalan MAGFIR
TARIKH   :      30/10/2015
MASA     :     8:30 MALAM
LOKASI  :       BIZ HOTEL
                      Taman Maju,
                  Batu Pahat, Johor

Bersama kita menggapai syafaat melalui sunnah Rasulullah SAW...

1. Mengapa perlu mengamalkan sunnah?

2. Kenapa perlu kasihkan RASULULLAH SAW?

Anda semua dijemput hadir

#MAGFIR www.magfir.info
#SUNNAH www.magfir.com/mujahadah

Monday, October 26, 2015

Hati Mati

Kenapa HATI kita MATI.  

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar ayat 22)

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian�daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

Hubbul dunia (kasihkan dunia)

Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

❤Zuhud dengan dunia

❤Zikrullah

❤Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.