Friday, January 30, 2015

Istiqomah Maghfir




MAGFÍR merupakan jus minuman bertenaga berperasa madu dan limau nipis. Ianya juga dapat meningkatkan perkembangan minda. MAGFÍR berbeza dengan madu biasa kerana produk ini diproses menggunakan teknologi PHANTO. Hasilnya dapat dirasai lebih cepat iaitu hanya 6 minit berbanding dengan madu biasa yang memakan masa 1-10 bulan.

APA KELEBIHAN MAGFÍR MIRACLEHONEY (MAGFÍR)

√ Membantu menstabilkan tekanan darah
√ Menghilangkan lesu
√ Membekalkan tenaga
√ Mengelakkan kegemukan yang tidak terkawal
√ Memudahkan proses penghadaman
√ Untuk kulit kelihatan cantik

Cara penggunaan
# Tanpa sebarang penyakit - 1 sudu kecil diminum terus
# Pesakit darah tinggi - 1 sudu kecil dengan satu mug air suam, 2 kali sehari untuk menurunkan tekanan darah.
# Pesakit Kencing Manis - 1 sudu kecil dengan 1.5 liter air suam

*pada awal penggunaan MAGFÍR bagi pesakit darah tinggi akan mengalami rasa mengantuk. Anda disarankan untuk tidur seketika untuk merangsang tindakbalas MAGFÍR.

Friday, January 23, 2015

Kelebihan Minum Air Suam

✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.

• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.

• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.

Thursday, January 15, 2015

Testimoni Pada Diri Sendiri

#MAGFIR: Kesan Penggunaan

   2 bulan mengambil MAGFIR dan Alhamdulillah dpt istiqomah dlm menggunakan.   Kami sekeluarga menggunakannya.   Sy, isteri dan 3 org anak.   Masing-masing rasa selesa mengamalkan.
   Pengalaman awal penggunaan Magfir,  sistem tubuh kami diselaraskan semula secara berperingkat.   Sy sendiri menjadi terlalu kerap buang air kecil.   Ada ketikanya 5 kali bangun dari tidur utk buang air kecil.   Isteri lebih banyak buang angin pulak.   Anak2 tak kurang melalui apa yg kami lalui.   Dah jadi semacam pesta kentut & sendawa dlm rumah kami ketika itu.
   Masuk keminggu kedua,  dah kurang sikit berpesta.   Utk diri sy dpt dirasakan sistem oksigen dlm tubuh menjadi semakin stabil.   Tabiat sy minum air manis semakin kurang dgn sendirinya.   Anak2 semakin cergas dan bertenaga.   Tetapi tidaklah bermakna kami kebal dari sebarang masalah kesihatan.   Ada masanya masih lg rasa pening dan letih,  cuma tempoh yg ditanggung semakin berkurangan.   Klu dulu pening sampai 2 hari,  kini Alhamdulillah dlm masa 20 jam mula rasa selesa semula.
   Ada ketikanya,  masalah lama seakan berulang seolah2 dicuci kembali.   Alhamdulillah tidaklah kesemua masalah itu dtg serentak kpd kami.   Tenaga kami semakin cepat pulih selepas sesuatu akitiviti yg dilakukan.
   Yg paling best buag masa ni,  perut sy semakin susut dan ianya tidak berlaku secara mendadak.   Beberap helai baju sendat telah boleh sy gunakan semula.   Rokok sehari 3 kotak (16 btg) kini tinggal 2 kotak sehari.



Tuesday, January 13, 2015

khasiat Madu

Khasiat madu boleh dikategorikan mengikut fungsinya terhadap sistem badan kita.
Kulit, Rambut dan Mata
  • Menjadikan rambut dan mata lebih sihat serta bersinar.
  • Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman.
  • Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda.   Tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semulajadi tanpa memudaratkan badan.
Sistem Penghadaman
  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
  • Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.
Sistem Pernafasan dan Kerongkong
  • Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
  • Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
Tenaga Badan
  • Menguatkan badan wanita mengandung. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung.
  • Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.
  • Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan.
  • Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak.
Gizi Makanan
  • Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.
  • Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
  • Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan
Khasiat madu jika dilihat di atas sememangnya seratus satu. Sebagai makanan, penawar ataupun suplemen kesihatan, madu boleh membawa manfaat kepada sesiapa jua.Selain itu, terdapat jenis-jenis madu yang mengandungi khasiat lebih tinggi berbanding madu yang lain – seperti madu tualang, madu ratu (royal jelly), madu propolis dan madu manuka.
Disunting dari:  www.khasiat-madu.com

Wednesday, January 7, 2015

Wajah berseri




Setiap orang menginginkan wajah yang bersih, sihat dan tampak mulus. Walaupun pelembab sangat baik, makanan juga mampu membersihkan wajah dan membuat anda kelihatan lebih muda dan bertenaga. Terdapat 10 makanan yang membantu anda membersihkan wajah untuk kelihatan sihat, bercahaya dan bertenaga. 

Avokado 
------------
Bukan sahaja digunakan dalam pelbagai produk kecantikan, tetapi kulit serta isi avokado kaya dengan vitamin B. Ia sangat penting untuk mendapatkan kulit yang licin, sihat, membantu mencegah iritasi, merah dan bengkak pada kulit. Anda boleh mengambilnya bersama salad, smoothie atau boleh menyapu isi buah tersebut di muka untuk dijadikan skrub. 

Beri 
------
Vitamin C sangat penting untuk kulit yang sihat dan buah beri telah membuktikannya. Strawberi dan beri hitam mengandungi serat kolagen untuk membuat kulit tampak lebih muda. Diperkaya dengan anti oksidan yang tinggi, ia turut berkesan untuk membantu mencegah keradangan tidak kira anda mengamalkannya bersama smoothie atau cara biasa. 

Keju kotej (Cottage cheese) 
-----------------------------------------
Selenium dan Vitamin E yang terdapat dalam makanan ini dapat membantu melawan radikal bebas dan membekalkan antioksidan yang tinggi untuk kulit sihat. Ada laporan mengatakan khasiat kotej keju ini dapat mencegah kanser apabila diamalkan dalam pelan diet yang sihat. 

Almond (kacang) 
-------------------------
Asid lemak dalam makanan ini dapat membantu mengekalkan sel membrane dan dapat menyahkan toksik di dalam badan. Almond juga mengekalkan air dalam badan yang akan menjadikan kulit wajah dan badan yang pejal dan sihat. Selain itu, minyak baik yang terdapat di dalam almond ini sangat bagus untuk kesihatan jantung dan mengekalkan kesihatan berat badan.

Kentang
-------------
Kentang mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk keperluan tubuh. Diperkaya dengan zink dan vitamin C, kentang juga dapat membina kekenyalan kulit untuk tampil muda dan sihat sepanjang masa. 

Bijirin
-------
Walaupun bijirin dapat menyebabkan peningkatan gula dalam darah, bijirin juga dapat membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan luaran yang anda mahu. Namun, anda harus memastikan bijirin ini mempunyai serat yang tinggi untuk mendapat manfaat yang baik kepada kulit anda. 

Biji flaks
-----------
Jika anda tidak suka makan ikan dan makanan yang mengandungi lemak asid omega tiga yang tinggi, biji flaks ini merupakan penyelesaian kepada anda. Omega 3 yang terdapat dalam biji ini dapat membantu menhidratkan kulit, mengurangkan sebum, menutup liang roma serta membantu mencegah jerawat. Minyak yang terdapat di dalam biji ini memberikan kulit wajah yang berseri secara semulajadi serta kulit yang muda dan sihat. 

Yogurt
----------
Kaya dengan protein, yogurt membantu untuk membina kulit yang lebih anjal. Yogurt dari Greek mengandungi dua kali lebih protein dan kaya dengan serat. Terdapat pelbagai perisa yogurt dan anda juga boleh mengamalkan yogurt dengan tambahan buah beri, madu dan pelbagai buah lain. 

Lada
-------
Warna hijau, kuning, oren, dan merah pada lada dapat menyerlahkan hidangan anda. Karotenoid (antioksidan di dalam lada) dapat mengurangkan kedutan pada wajah, menampakkan wajah lebih muda dan sihat jika selalu diamalkan. 

Mangga 
-----------
Bukan sahaja sedap, mangga juga dapat membantu memulihkan kulit. Mengandungi lebih daripada 80 peratus vitamin A, anda perlu amalkannya sekerap mungkin untuk melawan radikal bebas atau kulit tidak akan berkedut pada usia yang muda. Berkalori rendah, mangga amat sesuai diamalkan sewaktu diet.

Dapatkan MAGFIR