Tuesday, January 19, 2016
Wednesday, January 6, 2016
Tuesday, December 29, 2015
Saturday, December 12, 2015
Wednesday, December 2, 2015
Salam MaulidurRasul
اللهم صلئ علئ محمد وعلئ اله محمد
#SUNNAH magfir.com/mujahadah
#ISTIQOMAH facebook.com/magfirinfo
Wednesday, November 4, 2015
Jahil & Taksub
Hindarilah Sifat Jahil Dan Taksub
Kejahilan bukan sahaja akan melahirkan sikap taksub, malah lebih daripada itu ia mempunyai implikasi buruk terhadap kehidupan. Ia boleh menyebabkan kebinasaan kepada seseorang individu, masyarakat, agama dan negara. Di samping merendahkan martabat insan, kejahilan tidak mengenal nilai-nilai kerjasama, timbang rasa, kecintaan dan keadilan. Kerana sikap jahil dan taksub itulah, maka perpecahan terus berlaku di kalangan kita umat Islam. Perbuatan ini ternyata bertentangan dengan syariat Islam.
Sudah menjadi lumrah dan nasib yang tersurat bahawa setiap agama akan bertembung dengan ancaman hawa nafsu yang bergelora serta pemikiran yang menyesatkan. Agama tidak akan aman sama sekali daripada sikap pelampau dan ketaksuban. Bahkan setiap umat dalam menegakkan seruan syariat yang benar sentiasa berhadapan dengan golongan ini. Dari segi prinsipnya mereka memiliki kepercayaan serta pegangan atas nama agama yang di luar batasan ajaran agama Islam sebenar.
Demikianlah hakikatnya orang yang jahil perasaannya beku dan lemah otaknya. Justeru itu mudah menjadi taksub dan akibat ketaksuban ini ia tidak lagi boleh berfikir secara normal dan ia akan bertindak mengikut hawa nafsu bukan berlandaskan akal atau ilmu syariat.
Kejahilan dan ketaksuban menjadikan diri mereka tidak dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Hati mereka telah buta daripada keimanan dan ketakwaan. Sebagaimana kata-kata hukama: “Buta hati kerana jahil lebih berbahaya daripada buta mata. Bukan sedikit mereka celik mata tetapi buta hati kerana jahil. Golongan ini makin diberi peringatan atau nasihat makin bertambah bebal dan jahil. Lebih berbahaya lagi apabila ditambah pula dengan penyakit kesombongan”. Sebagaimana kata Saidina Ali B. Abi Talib r.a : “Tiada musuh yang lebih Aku takuti daripada kejahilan. Setiap manusia menjadi musuh selama ia jahil.”
Hikmah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Rabu, 22 Muharam 1437H
ADANYA KELEBIHAN DI SEBALIK HIKMAH YANG DIBERI
Manusia dalam menjalani kehidupan diberi oleh Allah dengan ilmu dan hikmah. Keduanya merupakan anugerah Allah SWT yang wajib disyukuri. Ada manusia yang diberikan ilmu tapi tidak diberikan hikmah dan kebijaksanaan. Ada juga manusia yang diberikan oleh Allah SWT berupa hikmah dan kebijaksanaan tetapi tidak diberikan ilmu yang mendalam. Keduanya juga merupakan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki olehNya.
Tazkirah hari ini, ingin menjelaskan sedikit tentang HIKMAH dan kelebihan manusia yang diberikan oleh Allah SWT dengan ilmu dan HIKMAH tersebut.
Apa sebenarnya HIKMAH itu ?
Dalam al-Qur’an, Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 269:
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
Allah memberikan HIKMAH kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya".
Definasi HIKMAH menurut bahasa bererti: kebijaksanaan, pendapat atau fikiran yang positif, pengetahuan, filsafat, kenabian, keadilan, peribahasa (kata-kata bijak), dan al Qur’anul karim.
Sedangkan Imam al-Jurjani rahimahullah dalam kitabnya memberikan makna HIKMAH menurut bahasa ertinya: ilmu yang disertai amal (perbuatan), atau perkataan yang logik dan bersih dari sifat sia-sia.
HIKMAH juga bermakna : kumpulan keutamaan dan kemuliaan yang mampu membuat pemiliknya menempatkan sesuatu pada tempatnya (proporsional/ADIL).
HIKMAH juga merupakan ungkapan dari perbuatan seseorang yang dilakukan pada waktu yang tepat dan dengan cara yang tepat.
Orang yang ahli dalam ilmu HIKMAH disebut al-Hakim, bentuk jamaknya (plural) adalah al-Hukama. Yaitu orang-orang yang perkataan dan perbuatannya sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW”.
Para ulama tafsir rahimahumullah juga mempunyai definasi masing-masing tentang HIKMAH. Yang mana antara pendapat tersebut saling berkaitan dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Imam Mujahid mengertikan HIKMAH itu sebagai, “Benar dalam perkataan dan perbuatan”.
Malik bin Anas mengertikan HIKMAH adalah: “Pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap agama Allah SWT, lalu mengikuti ajaran agama tersebut dengan baik.”
Ibnul Qasim mengatakan HIKMAH adalah, “Memahami ajaran agama Allah SWT lalu mengikutinya dan mengamalkannya dengan baik.”
Imam Ibrahim an-Nakha’i mengertikan HIKMAH adalah: “Memahami apa yang terkandung di dalam al-Qur’an.”
Hasan al-Bashri, makna HIKMAH adalah:, “Sifat wara’ (hati hati dalam masalah halal dan haram).”
Imam at-Thabari rahimahullah menambahkan, “Menurut kami, makna HIKMAH yang tepat adalah ilmu tentang hukum-hakam Allah SWT yang tidak mampu dipahaminya melainkan melalui penjelasan Rasulullah SAW. Dengan begitu al-HIKMAH disini berasal dari kata alHukmu yang bermakna penjelasan antara yang haq dan yang bathil.
HIKMAH itu adalah setiap perkataan yang benar yang menyebabkan perbuatan yang benar.
HIKMAH ialah: ilmu yang bermanfaat dan amal soleh, kebenaran dalam perbuatan dan perkataan, mengetahui kebenaran dan mengamalkanya.
Dengan demikian tepat sekali pemahaman tersebut dengan hadits Rasulullah SAW:
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين (رواه البخاري ومسلم).
”Barangsiapa yang Allah menghendaki KEBAIKAN kepadanya, maka Allah menjadikan dia ‘FAQIH’ (FAHAM yang MENDALAM) dalam ilmu AGAMA” (HR. Bukhari dan Muslim).
Abu ja’far Muhammad menyebutkan apabila di dalam Al-Qur’an disebutkan kata kata HIKMAH setelah al-Kitab, maka Hikmah itu maksudnya Al-Qur’an dan ASSUNNAH.
Seperti Firman Allah SWT dalam al-Qur’an Surah Al-Baqarah, ayat 129:
رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيم.ُ
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Juga firman Allah SWT dalam Surah Al-Jumu'ah, ayat 2:
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
"Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Rasulullah SAW) itu adalah dalam kesesatan yang nyata".
Jadi tidak cukup hanya dengan Al-Quran sahaja tanpa dengan Al-Hikmah yang bererti As sunnah atau pemahaman yang benar tentang Al-Quran tersebut. Itulah sebabnya mengapa As-Sunnah ini disebut dengan HIKMAH.
Oleh kerana itu, dari beberapa definasi HIKMAH di atas, manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT berupa HIKMAH maka akan diberikan beberapa kelebihan di antaranya adalah:
1. Manusia yang diberikan oleh Allah SWT berupa HIKMAH, mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dan mampu mengamalkannya dengan baik dalam kehidupan.
2. Manusia yang diberikan HIKMAH, akan bersikap benar dalam ucapannya dan perbuatannya. Dalam erti kata "benar katakan benar, salah katakan salah "
3. Manusia yang diberikan HIKMAH, akan dapat menempatkan sesuatu sesuai pada tempatnya yang benar (berlaku adil terhadap sesama manusia).
4. Manusia yang diberikan HIKMAH, akan melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan apa yang seharusnya dilakukan atau tidak dilakukan (bijaksana dalam bercakap dan bertindak).
5. Manusia yang diberikan HIKMAH akan mampu memahami dan menerapkan hukum hakam Allah SWT di dalam kehidupan dalam apa jua keadaan.
Jadi HIKMAH itu laksana hak milik seorang mukmin yang hilang. Di manapun ia menjumpainya, di sana ia berhak mengambilnya” (HR. Al-Askari dari Anas bin Malik)
Begitu banyak ilmu dan hikmah yang disebarkan Allah SWT di dunia ini. Dan kita menemukannya dari pelajaran di lembaga pendidikan, majlis ta’lim, ceramah agama, nasihat-nasihat orang tua, diskusi dengan teman, dan lain sebagainya. Kekayaan ilmu yang Allah SWT miliki tak pernah terbatas dan akan diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya.
Dan setelah kita mendapatkan HIKMAH tersebut kita WAJIB menyampaikan, mendakwahkan, sesuai firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl, Ayat 125:
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan AL-HIKMAH dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”.
Ya Allah berikan kepada kami ilmu yang bermanfaat untuk diri kami, keluarga kami serta agama kami, serta berilah kapada kami hikmah dan kebijaksanaan, seperti yang telah engkau berikan kepada kepada hamba-hambaMu Yang terdahulu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam
Yg Halal Belum Tentu Baik
Apakah "CREAM OF TARTAR"? Cream of tartar adalah surplus from fermentation of arak iaitu mendakan yg terdapat di bahagian bawah pemeraman arak " sendiment". Cream of tartar banyak digunakan dlm industri pembuatan kek dan biskut org Melayu. Gunanya utk stability, shelf life & lembut serta kek yg gebu. Isunya halal atau haram?
Kemudian diikuti dgn "WHIPPING CREAM" mcm susu UHT digunakan utk disapu pada bahagian atas kek; nampak berkilat dan cantik - org kata sedap di makan....entahlah saya tak pernah makan. Dibuat dari dairy dan non dairy. Mcm jenama Anchor Whip Cream banyak keraguan sbb dari China. Soal halal haram lagi.....
Ovalet sejenis bahan utama utk buat kek sponge. Warna kuning keemasan. Kebanyakan di pasaran tiada logo halal krn salah satu bahan ini adalah gelatin....entahla gelatin haiwan atau sayuran. Kek sponge akan kelihatan gebu dan nampak sedap. Jarang pengusaha kek bertanya apakah Ovalet ini halal atau haram?
Satu lagi agar-agar. Kebanyakan agar2 adalah drpd gelatin. Gelatin halal atau haram kedua2nya boleh digunakan. Gelatin ini diambil samaada dari tulang atau kulit haiwan. Banyak produk makanan menggunakan gelatin ini spt "soft dan hard gel/capsule"; dlm produk tenusu, gummy, kelapa jelly, ubat-ubatan, cocoa, cokelat, gula-gula dan beribu lagi produk yg menggunakan gelatin ini. Isunya halal atau haram?
Kekadang ada org bertanya " bolehkah di makan bahan dari tulang atau kulit spt gelatin ini?"
Kan ia dtg dari tulang umpamanya....dan tulang ini bukan makanan manusia (spt sup tulang dsbnya), dan tulang ini Nabi saw mengizinkan utk tambahan kpd makanan JIN?
Susah juga nak jwb sbb zaman teknologi moden ini banyak perkara yg diharuskan.....kena tanya ulama lebih arif!
Penggunaan AJI-NO-MOTO juga satu isu besar dlm makanan. Hampir kebanyakan makanan disediakan di restoran menggunakan aji ini utk tambah sedap kata mereka.
Ajinomoto adalah "SILENT KILLER". Ia adalah "enhancer" yakni penyedap makanan. Ia adalah dihasilkan dari pemeraman bakteria dan BUKAN makanan. Pembunuh senyap ni sangat popular dikalangan komuniti Melayunyg jahil dlm Food Science knowledge. Mcm bagi ahli farmasi mereka pasti takkan makan panadol kerana mereka tahu bahan paracetamol itu adalah racun (drug atau ubat generik)....tp hanya beberapa org shj.....bagaimana dgn yg lain.
Disebabkan ada logo halal kebanyakan org Melayu mempertahankan ajinomoto itu sebegitu kuat kerana takut makanan dia tak sedap.
Bukan semua yg halal itu baik (mcm panadol, sardin, ayam cucuk hormon dll) kerana ajinomoto itu dihasilkan dari pembiakan "enzyme" & "protein" dicampur dgn carbon, urea atas base ubi kayu atau hampas tebu. Ia bukan makanan spt tepung atau gula yg diproses dari tumbuhan atau haiwan. Ia adalah finished products dari "fermentation proses" of "glycolic acid" yg kemudiannya menghasil "monosodium glutamate" (berbentuk kristal) dan diberi jolokan nama AJINOMOTO (M'sia) atau VEDAN (Thailand/ Vietnam), MEE PONG (Indon), AJI-SHIO (Jepun).
Inilah penyedap dlm ayam KFC, McD, tomyam, bakso, kari Allagapas, Baba's, Twisties (semua junk food), laksa, Maggi dan beribu2 lagi makanan sebagai "hidden enhancer" utk TIPU pengguna dgn pelbagai teknik bagi melariskan jualan mereka!
Ajinomoto penyebab lembab otak, bengap, obesiti, kanser, migraine, sakit kepala, rosak buah pinggang, fibroid, gugur rambut, haid tak berhenti dan seribu satu lagi penyakit yg tak larat nak ditaip di sini.
Jadi bila.oergi majlis kenduri kendara jaha baik2 dgn ajinomoto ini sbb kebanyakan catering ni depe suka campur pak aji ni nak bagi sedap masakan mereka. Tu tak cerita lagi mcmana caterer ni masukkan Panadol atau Aspro bagi melembutkan ayam pencen......habis cirit birit balik rumah....
Jadi, bagi pengusaha makanan kena hati2 dlm soal halal dan haram dan pemilihan bahan2 utk jualan mereka supaya tidak menjadi "PEMBUNUH" & "DESTROYER" kpd pengguna. Manakala pengguna pula perlu meningkatkan kefahaman ttg hal2 halal dan haram dan jgn main bedal shj kerana nafsu nafsi.
Saturday, October 31, 2015
TERASA
⬇♻⬇♻⬇♻⬇♻⬇♻
Ramai tanya saya .
"Macamana kita nak tegur orang supaya dia tak terasa"?
Saya jawab:
"Cara untuk tegur orang supaya dia tak terasa ialah JANGAN TEGUR dia!"
1) Hari ni ramai orang , di sebabkan nak sangat jaga hati orang yang buat maksiat dan dosa , sehingga dia TAKUT nak tegur orang tersebut, sebab takut dia terasa .
Lalu , kita pun tak tegur dan biarkan orang tu berterusan dengan dosa .
2) FITRAH bila di tegur ialah kita akan terasa . Dan , terasa itu tanda hati hidup !
3) Nabi Muhammad dakwah kaum quraisy , ramai kot yang terasa . Abu jahal mengamuk , Abu Lahab stress dan tak puas hati , Abu sufian berang , sampai mereka nak bunuh Nabi !
Nabi Nuh dakwah kaum dia 950 tahun , tapi kaum dia terasa , dan tak terima ! Setiap kali Nabi Nuh dakwah dan tegur mereka , mereka akan lari , tutup muka dengan baju , tutup telinga dengan jari , dan mengejek Nabi Nuh .
Nabi Ibrahim di campak ke dalam api .
Nabi Zakaria di gergaji .
Nabi Isa di kejar untuk di bunuh .
Nabi Musa di buru oleh Firaun .
Jadi kalau Nabi-Nabi pun dakwah sampai orang terasa , siapa kita untuk nak dakwah supaya orang tak terasa ?
Kerana memang fitrah bila di tegur , kita akan terasa sakitnya !
4) Cuma Allah sebut dalam Quran , ada beberapa sifat orang yang di tegur:
ORANG BERIMAN: Bila di tegur, dia akan mendapat manfaat . Ye, dia terasa bila di tegur . Namun egonya rendah , dan dia menerima teguran dan memperbaikinya .
(baca Surah Az-Zariat)
ORANG KAFIR: Bila di tegur , dia takkan pernah berubah . Bila tak di tegur pun dia tak berubah .
(baca Surah Al-Baqarah)
Jadi kalau kita beriman , bila kita terasa dengan teguran , kita akan amalkannya . Bukan "menentang" .
Bayangkan , agak agaknya kalau kita hidup zaman Nabi adakah kita akan mengikut Nabi ataupun kita yang menjadi "penentang" Nabi ?
Ikhlas ,
"Mohon Terasa"
Thursday, October 29, 2015
Kurma & khasiatnya
Sekadar perkongsian ilmu.
1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan di dekati jin?
.
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
.
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
.
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih menyihatkan daripada kaviar?
.
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
.
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
.
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
,
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
.
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma kaya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
.
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
.
Panjang-panjangkanlah agar lebih ramai yang tahu. Selamat makan kurma di bulan Ramadhan, Alhamdullilah.
Musibah @ Ujian @ Didikan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Shah Alam, Rabu 28 Oktober 2015).
5 KELEBIHAN ORANG YANG DI TIMPA MUSIBAH AGAR TETAP TERSENYUM .
Ketika Allah SWT menguji hamba-Nya dengan musibah, ternyata di sebalik musibah, cobaan dan ujian tersebut, terdapat kelebihan dan keutamaan yang luar biasa.
Oleh kerana itu, orang yang sedang diuji Allah SWT dengan berbagai macam musibah, cobaan, masalah, kesempitan hidup dan sebagainya, harus tetap tersenyum gembira dan bersyukur, kerana mendapat ujian Allah SWT itu indah dan nikmat, jika kita mampu mengambil hikmah di sebaliknya.
Di antara sebahagian kelebihan orang-orang yang ditimpa musibah itu adalah:
1. Mendapatkan Shalawat (Pujian) Dari Allah SWT Rahmat Dan Petunjuk-Nya Bagi Yang Bersabar Ketika Ditimpa Musibah Tersebut.
Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 155-157:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156) أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ (157 )
Ertinya:
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar”. “(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun". “Mereka itulah yang mendapat shalawat yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. Al-Baqarah: 155-157)
Dari ayat di atas dijelaskan bahwa orang yang bersabar ketika mendapatkan musibah dan ujian Allah SWT maka dia akan mendapatkan tiga keutamaan sekaligus iaitu shalawat (Pujian) dari Allah SWT , rahmat dan petunjuk-Nya.
Allah SWT tidak mengumpulkan tiga keutamaan sekaligus dalam satu ayat, kecuali di dalam ayat ini iaitu keutamaan bagi orang yang bersabar ketika mendapatkan musibah.
Makna shalawat Allah SWT kepada orang yang bersabar ketika mendapatkan musibah adalah: Allah SWT memuji orang tersebut di hadapan para malaikat-Nya yang suci, hal ini sebagaimana yang dikemukakan oleh Abu Al ‘Aliyah Ar rayyahi rahimahullah. (Lihat Syarah Al Mumti’, karya Ibnu Utsaimin 3/163-164).
2. Allah SWT Akan Memberikan Pahala Kepada Hamba-Nya Yang Ditimpa Musibah Sebesar Musibah nya.
Ertinya makin berat musibah yang menimpa akan semakin besar pahala akan diperolehi hamba-Nya jika mereka bersabar dengan musibah tersebut.
Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَء..
Ertinya:
“Sesungguhnya besarnya pahala (yang diperolehi seseorang) sesuai dengan besarnya ujian (yang ditimpakan)". (HR. Tirmidzi).
Jika seperti ini nilainya, kenapa kita mesti berlarutan dalam kesedihan, kerana besarnya ujian yang menimpa seseorang, sebesar itu pula pahala yang disediakan Allah SWT.
3. Orang Yang Ditimpa Musibah Merupakan Bukti Tanda cinta Allah SWT kepada Hamba-hamba-Nya.
Maka berusahalah untuk sentiasa tersenyum ketika mendapatkan musibah, ujian dan cobaan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ رَضِىَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ ».
Ertinya:
“Dan sesungguhnya jika Allah SWT mencintai suatu kaum, Dia akan menguji mereka, siapa yang ridha maka baginya keridhaan (Allah SWT ) dan siapa yang murka maka baginya kemurkaan (Allah SWT)." (HR.Tirmidzi).
4. Musibah menghapuskan dosa dan kesalahan.
Rasulullah SAW bersabda:
مَا يَزَالُ الْبَلاَءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِى نَفْسِهِ وَوَلَدِهِ وَمَالِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ.
Ertinya:
“Ujian selalu bersama dengan orang beriman lelaki dan perempuan, baik di dalam diri, anak dan hartanya, sampai dia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai satu kesalahanpun.” (HR. Tirmidzi).
5. Seorang Yang Ditimpa Musibah Bermakna Allah SWT Menghendaki Kebaikan Kepada Hamba-Nya.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ.
Ertinya:
“Barangsiapa yang diinginkan Allah kebaikan maka Allah akan mengujinya.” (HR. At-Tirmidzi).
Demikianlah sebahagian keutamaan yang dijanjikan Allah SWT bagi orang yang ditimpa musibah, cobaan dan ujian. Jika mereka sabar dan redha dengan musibah yang menimpa.
Semoga musibah yang tengah menimpa kita sekarang dapat menjadikan kita tetap tersenyum setelah membaca TAZKIRAH ini. Insya-Allah.
Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami dari musibah yang Engkau timpakan kepada kami. Berilah ketabahan kepada kami untuk menghadapinya. Mudah-Mudahan kami tetap tersenyum dengan musibah tersebut dan menjadi insan yang Redha dengan ketentuan-Mu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).
Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
(Shah Alam, Rabu 15 Muharram 1437 H).
Wednesday, October 28, 2015
Kebahagiaan Hidup Seorang Muslim
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Shah Alam, Selasa 27 Oktober 2015).
5 PRINSIP KEBAHAGIAAN HIDUP SEORANG MUSLIM.
Islam adalah agama yang mengajarkan kesempurnaan hidup bagi seorang muslim untuk meraih kebahagiaan hidup di dunia dan untuk bekalan nanti di akhirat.
Untuk mendapatkan kebahagiaan hidup tersebut, Islam mengajarkan kepada umatnya beberapa langkah yang perlu dilakukan, diantaranya:
1. Lakukan Amalan Yang Paling Mudah Selagi Ianya Bukan Perkara Dosa.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 185:
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْر.
Ertinya:
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (QS. Al Baqarah: 185).
Rasulullah SAW bersabda dari hadits Aisyah:
أَنَّهَا قَالَتْ مَا خُيِّرَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلاَّ أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا مَا لَمْ يَكُنْ إِثْمًا فَإِنْ كَانَ إِثْمًا كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ
Artinya: “’Aisyah RA bercerita: “Tidaklah Rasulullah SAW memilih antara dua pilihan melainkan Beliau akan memilih yang paling mudah dari keduanya, selama itu bukan perkara dosa, jika itu dosa, maka beliau manusia yang paling jauh dari melakukan dosa.” (HR. Bukhari dan Muslim).
- Contoh dalam permasalahan akidah: Menyembah hanya kepada Allah SWT semata-mata lebih mudah daripada menyembah banyak sembahan.
- Contoh dalam permasalahan ibadah: Beribadah dengan hanya mencontohi Rasulullah SAW lebih mudah dibandingkan beribadah dengan mencontohi banyak orang yang tidak ada contohnya dari Rasulullah SAW.
- Contoh dalam permasalahan mu’malah: Berniaga dengan jujur lebih mudah daripada berniaga dengan menipu dan menutupi keburukan barang atau dengan cara lainnya.
- Contoh dalam akhlak: Berkata yang jujur dan benar meskipun pahit itu lebih baik terus-menerus berada di dalam kebohongan dan kebatilan.
2. Muslim Yang Baik Tidak Melakukan Kesalahan Dua Kali Pada Perkara Yang Sama.
Rasulullah SAW bersabda:
لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ.
Ertinya:
“Seorang Mukmin tidak terperosok ke dalam lubang yang sama dua kali.” (HR. Bukhari dan Muslim).
- Contoh permasalahan akidah: jika sudah tahu bahwa selain Allah SWT tidak pernah dapat mendengar permohonan kita, maka jangan meminta/memohon kepada selain Allah SWT.
- Contoh permasalahan ibadah: jika berjaga malam akan tertinggal/lambat shalat subuh, maka jangan berjaga hingga larut malam.
- Contoh permasalahan mu’amalah: Jika kita diberi amanah untuk memegang uang, sedangkan kita tidak amanah, maka jangan menerima amanah itu.
- Jika kita berhutang dan malas untuk membayar padahal sudah ada kemampuan, maka janganlah suka berhutang.
3. Merasa Rugi Jika Tidak Melakukan Ibadah Dengan Baik Padahal Kita Ada Kesempatan Untuk Melakukannya.
Dalam Hadits Abu Hurairah RA dari Qutaibah RA.
أَنَّ فُقَرَاءَ الْمُهَاجِرِينَ أَتَوْا رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالُوا ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلَى وَالنَّعِيمِ الْمُقِيمِ. فَقَالَ وَمَا ذَاكَ . قَالُوا يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّى وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيَتَصَدَّقُونَ وَلاَ نَتَصَدَّقُ وَيُعْتِقُونَ وَلاَ نُعْتِقُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَفَلاَ أُعَلِّمُكُمْ شَيْئًا تُدْرِكُونَ بِهِ مَنْ سَبَقَكُمْ وَتَسْبِقُونَ بِهِ مَنْ بَعْدَكُمْ وَلاَ يَكُونُ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِنْكُمْ إِلاَّ مَنْ صَنَعَ مِثْلَ مَا صَنَعْتُمْ. قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ تُسَبِّحُونَ وَتُكَبِّرُونَ وَتَحْمَدُونَ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ مَرَّة.
Ertinya:
“Abu Hurairah RA meriwayatakan bahwa orang-orang fakir dari golongan Muhajirin mendatangi Rasulullah SAW mereka mengadu: “Orang-orang kaya mendapatkan darjat yang tinggi dan nikmat yang abadi”, lalu Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa demikian?”, orang-orang fakir berkata: “Mereka shalat sebagaimana kami shalat, mereka berpuasa sebagaimana mereka berpuasa, mereka bersedekah tapi kami tidak bersedekah, mereka memerdekakan dan kami tidak memerdekakan”, maka Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah kalian aku ajarkan sesuatu yang kalian akan menyerupai orang sebelum kalian dan mendahului orang setelah kalian dan tidak ada seorangpun yang lebih utama daripada kalian kecuali seorang yang berbuat seperti apa yang kalian perbuat.” Mereka berkata: “Tentu mau, wahai Rasulullah”, lalu beliau bersabda: “Kalian ucapkan subhanallah, alhamdulillah dan allahu akbar setiap akhir shalat sebanyak 33, 33, 33 kali”. (HR. Bukhari dan Muslim).
4. Lakukan Aktiviti Dunia Yang Matlamatnya Adalah Untuk Mencapai kebahagiaan Di Akhirat.
Dalam hadits Riwayat Rabi’ah bin Ka’ab:
عن رَبِيعَةُ بْنُ كَعْبٍ الأَسْلَمِىُّ قَالَ كُنْتُ أَبِيتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ –صلى الله عليه وسلم- فَأَتَيْتُهُ بِوَضُوئِهِ وَحَاجَتِهِ فَقَالَ لِى سَلْ. فَقُلْتُ أَسْأَلُكَ مُرَافَقَتَكَ فِى الْجَنَّةِ. قَالَ « أَوَغَيْرَ ذَلِكَ ». قُلْتُ هُوَ ذَاكَ. قَالَ « فَأَعِنِّى عَلَى نَفْسِكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ.
Artinya:
“Rabi’ah bin Ka’ab Al-Asalamy RA berkata: “Aku pernah bermalam bersama Rasulullah SAW, lalu aku datang membawa wudhu dan hajat, lalu beliau berkata: “Mintalah”, maka akupun berkata: “Aku memohon kepadamu agar dapat bersamamu di dalam surga”, beliau bertanya: “Adakah yang lain?”, aku berkata: “Itu saja”, beliau bersabda: “Maka tolonglah aku atas dirimu dengan banyak bersujud (banyak melakukan ibadah shalat)”. (HR. Muslim).
5. Meninggalkan Sesuatu Yang Tidak Bermanfaat Dan Faedahnya Untuk Urusan Akhirat.
Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكَهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ.
Ertinya:
Sesungguhnya termasuk kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak memberi manfaat baginya.” (HR. Tirmidzi).
Contohnya:
-Jika bercakap akan mendatangkan dosa, maka lebih baik diam.
Ya Allah jauhkan diri kami dari perkara yang sia-sia. Engkau isikan hidup kami pada perkara yang berfaedah. Mudah-Mudahan hidup kami sentiasa berada dalam Rahmat-Mu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).
Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
(Shah Alam, Selasa 14 Muharram 1437 H).
Tuesday, October 27, 2015
Pencerahan MAGFIR
Pencerahan dan Persoalan MAGFIR
TARIKH : 30/10/2015
MASA : 8:30 MALAM
LOKASI : BIZ HOTEL
Taman Maju,
Batu Pahat, Johor
Bersama kita menggapai syafaat melalui sunnah Rasulullah SAW...
1. Mengapa perlu mengamalkan sunnah?
2. Kenapa perlu kasihkan RASULULLAH SAW?
Anda semua dijemput hadir
#MAGFIR www.magfir.info
#SUNNAH www.magfir.com/mujahadah
Monday, October 26, 2015
Hati Mati
Kenapa HATI kita MATI.
Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.
Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74)
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.
Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:
Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar ayat 22)
Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura ayat 88-89)
Tanda-tanda hati mati
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian�daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
Hubbul dunia (kasihkan dunia)
Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
❤Zuhud dengan dunia
❤Zikrullah
❤Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.
Monday, September 28, 2015
MENGAPA MEMBAWA SUNNAH
Friday, September 18, 2015
Perniagaan suatu ibadah
#MAGFIR www.magfir.info
#SUNNAH facebook.com/magfirinfo
Wednesday, September 16, 2015
Jerebu dihati
Jln ke akhirat sukar kelihatan kerana pandangan terhijab akibat jerebu dunia. Jerebu keduniaan sukar dicuci bila sudah melekat di hati melainkan dibedah dgn iman & taqwa. Iman pula bukan dtg sendiri...perlu di cari. Bila dpt iman baru dtg taqwa. Rasa manis iman dan taqwa tak terbanding dgn lazatnya nikmat dunia yg sementara ini. Manisnya iman dpt mengenal Pencipta Dunia ini manakala manisnya dunia "menjauhkan" pengejarnya dari Al-Khalik iaitu tuan punya dunia ini.
Manusia sanggup korbankan hartanya, auratnya, akhlaknya; halal haramnya demi dunia (wang ringgit) seolah2 spt tidak menjadi kesalahan di sisi agama. Terlupa sekejap agaknya dgn agama pabila berhadapan dgn umpanan $$$$ & £££££. Ghairah mencengkam jiwa dan nafsu.
Carilah harta dunia tp jgn sampai tergadai akhirat kerana dunia ni harta yg PASTI ditinggalkan walau banyak mana sekalipun; manakala akhirat itu adalah negeri kekal abadi. ...jadi nak bawa APA ke sana......?
Harta akhirat bukan berbentuk fisikal tp amal soleh, zikrullah, sedeqah, berbuat baik, taat pd Allah dan RasulNya (buktinya lihat org mati-apa yg dia bawa-harta dunianya hanyalah KAIN KAFAN- kalau ada sedeqah, amal soleh, kebajikan bawalah sekali).......inilah harta sebagai BEKALAN ke akhirat. Jgn jadi miskin dan fakir di sana nanti kalau tidak menyediakan amalan di dunia ini.
Timbanglah dgn neraca AQAL & SYARAK.....pernahkah kita merasa GHAIRAH utk mencari bekalan akhirat spt mana kita mencari wang siang dan malam, pagi dan ptg. ....berhujan berpanas ke sana ke mari?
Kita mengejar harta dunia sebab kita nampak dgn mata kepala sdgkan harta akhirat kita x nampak sebab JEREBU hati. Harta akhirat hanya boleh dilihat dgn pandangan "mata hati" ('ainul basyirah) yg terbuka oleh amal soleh dan kurnia Allah. Kejar dunia bukan amal soleh kerana sifat dunia itu "ghurur" yakni tipudaya. Org "soleh/solehah" bukan mereka tak boleh kejar dunia mcm ahli dunnia tp mereka nampak tiap2 org yg hidup itu PASTI MATI; jadi tak ade GUNANYA "berhempas pulas" memperhambakan diri siang mlm pada dunia (benda yg tak berfaedah) yang akan ditinggalkan buat selama2nya itu!
Justeru org2 yg soleh/solehah beriman pada HARI AKHIRAT, mereka ikut Rasulullah kerana setiap "kalam" Nabi saw itu benar; mcm para sahabat, para alim ulama dan para ahli akhirat, kerana mereka2 di atas itu adalah para "HABIBULLAH" yakni kekasih Allah. Mereka juga hidup di dunia tp mengambil dunia bukan dgn kerakusan nafsu syahwat sebaliknya "mengawal" & mengendali nafsu dan harta dgn agama (iman). Ahli dunia (sengaja) membiarkan diri mereka menjadi tunggangan nafsu dan syahwat bukan menunggangnya!
Tanda manusia itu TEWAS dgn dunia bila akhirat itu dilihatnya spt TIADA atau HILANG dari hatinya. Ya, munkin ada.....tapi sedikit sangat spt sedikitnya IMAN yang ada di hati; berbanding dgn syahwatnya kpd dunia yg sangat kuat menggelegak spt air mendidih atau spt laut bergelora. Zikirnya siang mlm adalah dunia.....hinggakan solat entah ke mana....aurat dah tak terjaga lagi....akhlak..... itulah KESANnya dunia....mengasyikkan kalau kita leka dan lalai.
Tutur kata hanyalah bahasa dunia kerana terasa indahnya pada nafsu yg bergelora. ..."bahasa akhirat rasanya tak sesuai dituturkan di majlis (dunia) ini......" malu...! Nanti pulang rumah kita buatlah.
Tak apa lah......Kalau rasa tak mati...... sbb itu Nabi pesan ingatkan mati (sehari 27 kali) supaya tak lalai dgn akhirat walaupun sibuk dgn urusan dunia.
Ambillah dunia dgn "tangan" kesyukuran. Jadikanlah dunia "jambatan" utk akhirat.
Semoga jerebu di Msia dan di hati kita (pada dunia) akan segera berakhir.
Salam 1 Zulhijjah.
Selamat meningkatkan amal2 soleh dan solehah di bulan mulia (haji) ini dan beroleh keuntungan dunia dan akhirat! Mabrur....mabrur...mabrur.....










